Archive for November, 2014

TART NENAS


BAHAN-BAHANNYA 🙂
230 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Golden Churn)
400 gram tepung gandum*
40 gram tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar duit 5 sen
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Mati kan mixer, ratakan adunan, dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  2. Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas2. Alih ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 – 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan tat dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang pembakar.
  4. Alih atas jaringan dan biar sejuk, simpan dalam bekas kedap udara…
Advertisements


islamic_arabic_shahada_calligraphy-other

7 SUNNAH  RASULULLAH SAW. :

1.  Tahajjud

Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2.  Membaca al-Quran

Membaca Al-quran sebelum terbit matahari . Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3.  Jangan Tinggalkan Masjid

Terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemanapun,langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan,bukan kerana panggilan Muazzin tetapi panggilan Allah mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4.  Jaga Solat Dhuha

Kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

5.  Jaga Sedeqah Setiap Hari

Allah menyukai orang .yang suka bersedeqah dan Malaikat selalu mendoakan kepada orang yg. bersedeqah setiap hari.

6.  Jaga Wudhuk Terus Menerus.

Allah menyayangi hambaNya yg sentiasa berwudhuk.

Saidina Ali bin abi Thalib berkata,:”Orang yg. selalu berwudhuk sentiasa akan merasa selalu bersolat dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa…”ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7. Amalkan Istighfar Setiap Saat

Dengan istighfar,masalah yg. terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.