KEK COKLAT MOIST


BAHAN A

300 gm tepung gandum

100gm serbok koko

1 sudu teh serbuk penaik

1 susu teh soda bikarbonat

BAHAN B

3 biji telor ayam

400 gm gula kastor

1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C

250 ml air panas

BAHAN D

250 ml susu cair

250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yg lebih lembab dan lembut,bolehlahmasukkan 2 sudu besar susu pekat manis.

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Satukan Bahan B.Pukul hingga putih.Kemudian masukkan Bahan D pula hingga sebati.

2. Masukkan Bahan A,tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.Putar sehingga ia sebati.

3. Tambahkan Bahan C dan gaul adunan sampai rata.

4. Setelah itu,tuangkan adunan dlm loyang bulat atau empat segi yg.telah disapu minyak dan dilapik dasar loyang dgn kertas minyak.

5. Bakar adunan di dlm ketuhar yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C.

6. Masaklah sehingga 1 hingga ke 1 1/2 jam.Buat topping apb kek telah sejuk.

2 responses to this post.

  1. Reblogged this on profdrjamaliah and commented:
    I am thinking about adding some nutty stuff in the cake.

Comments are closed.

%d bloggers like this: