Anak Lelaki umi ke Mesir


Anak Lelaki umi ke Mesir

Tepat jam 9.09 mlm anak umi yg ketiga bertolak ke Mesir untuk menghadiri satu kursus bahasa Arab selama sebulan lebih.
Walaupun perancangan awal utk mengikuti kursus ini di Universiti Ummul Qurro’ selama 2 bln terpaksa di tukar lokasinya atas sebab-sebab tertentu,namun anggaplah ia sebagai satu hikmah daripada Allah Ta’ala.
Umi merasa bangga dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat membimbing anak-anak ke arah jalan yg diredhainya.
Umi bangga kamu bakal menjadi seorang hafiz,punya ilmu dalam Al-Quran dan Tajwid,dapat menguasai bahasa Arab,bahasa Al-Quran.
Umi bahagia kamu dapat menjadi khalifah bacaan Yaasin dan majlis Tahlil,juga menjadi imam solat.
Semuga kamu dapat menjadi seorang pemimpin yg baik bagi keluarga dan ummah sejagat.
Syabas kerana dapat meninggalkan perkara terlarang di usia muda>hisap rokok.

%d bloggers like this: