MEE KARI


MEE KARI
Sumber : MyResepi
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

mee kuning – celur sekejap
300g potongan ayam/daging/tetel.. sy guna ayam
200g udang segar
*1-1/2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*2 atau lebih tangkai lada merah – leh juga gune cili kering
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
rempah tumis 4 sekawan
2 sudu besar pes kari daging
1 batang serai – ketuk
1 tangkai daun kari
2 sudu besar kerisik- saya tak letak
1-2 ketul kiub ayam
1-2 keping asam gelugur
santan pekat
air
fish ball/fish cake
tauhu pok
kerang rebus – jika ada
garam, perisa/gula (jika suka)
>>Bahan-bahan sampingan<<
sawi – celur ngan pokok2 skali then potong 3cm
taugeh – buang ekor
telur rebus – belah dua
tauhu goreng – hiris nipis
bawang goreng, daun bawang, hirisan cili ijau dan merah.
limau kasturi / limau nipis
sambal tumis

Cara-cara

Blend bahan yang bertanda *.
Tumis bahan2 tersebut dan juga bhn2 rempah tumis hingga naik minyak.
Masukkan ayam/daging/tetel dan juga air. rebus hingga empuk.
Masukkan pes kari daging, serai, daun kari, kiub ayam,asam gelugur dan juga santan. didihkan sebentar.
Masukkan pula udang, kerang, fish ball, tauhu pok,kerisik,garam dan juga perisa/gula jika suka.
Didihkan lagi sekali. tutup api.
Hidangkan mee bersama2 kuah dan bahan2 topping dan juga sambal utk yg suka lebih pedas!

Like · · Promote ·
%d bloggers like this: