TIPS KESELAMATAN KANAK-KANAK


1. Perkara pertama perlu dilakukan jika anak hilang di pusat beli belah adalah memberitahu anggota keselamatan pusat beli belah berkenaan.

2. Jika membawa anak ke kawasan umum,atau pusat beli belah,pastikan anak tidak dibiarkan berjalan seorang diri.

3. Bergilir dengan suami atau isteri menjaga anak ketika anda sedang memilih barang.

4. Penggunaan gelang ada nombor kecemasan dan alamat juga boleh dilakukan untuk memudahkan urusan sekiranya anak hilang.

5. Simpan gambar anak anda dalam tas tangan kerana jika anak hilang,anda boleh membuat tindakan segera dengan menjeritkan namanya serta menunjukkan gambarnya kepada orang ramai.

6. Mendidik anak supaya menggunakan aqal fikiran dan bertindak dengan bijak.

7. Jangan biarkan anak berjalan seorang diri,pastikan anak berkenaan tidak hilang dari pengawasan ibubapa.

8. Seringkali mengingatkan anak-anak agar tidak merayau-rayau seorang diri tanpa pengetahuan ibubapa.

9 Katakan ‘tidak’ kepada orang yang tidak dikenali dan jangan terima pemberian drp orang yang tidak dikenali.

10. Mendidik anak agar tidak melalui jalan pintas yang sunyi ketika pergi atau pulang dari sekolah.

11. Mendidik anak agar menjerit dengan kuat ketika dia dalam bahaya.

12. Mendidik anak jangan mengikut orang yg tidak dikenali.

%d bloggers like this: