SUAMI IDAMAN


Suami yang berjaya mendidik isteri adalah suami yang dihormati oleh isteri.Tanpa rasa kagum dan hormat kepada suami,isteri sukar untuk mematuhi tunjuk ajar suami.Tanpa ada rasa hormat dan patuh seorang isteri,maka suami hanyalah teman biasa bukan seorang pemimpin bagi istei dan anak-anak.

Sifat-sifat yang perlu dipupuk oleh seorang suami agar dia dihormati oleh wanita atau isterinya ialah :

1. Mempunyai prinsip hidup yang jelas.

Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang tidak mudah mengikut arus.Dia berpegang kepada prinsip yang diyakini benar.Daya juang yang ada pada dirinya membuat wanita merasa yakin dan selamat untuk menyerahkan dirinya untuk dibimbing dan dilindungi.

2.Ilmu dan Ibadat.

Ilmu agama yang mantap dan ibadat yang istiqamah menyebabkan isteri akan memuji suaminya adalah guru kepadanya dan ibadat yang ada pada suaminya akan sendiri menyentuh hatinya untuk berlumba-lumba dengan suaminya mendapat kebahagiaan di akhirat.

3. Kebijaksanaan dan Sabar

Dua sifat ini,jika digabungkan akan menjadikan anda orang yang dihormati bukan orang yang ditakuti.Perempuan,biasanya lemah bila berhadapan dengan ketabahan dan kebijaksaan.

4. Menghormati dan Memuliakan Pandangan

Perempuan adalah manusia yang ingin dirinya dihormati dan dimuliakan.Jangan sesekali merendahkan martabat dan menolak setiap pandangannya.

Sabda Nabi saw.,

“Tidak ada yang memuliakan mereka(perempuan) kecuali orang yang mulia.Dan tidak ada pula yang menghina mereka kecuali daripada orang yang hina.”

Nabi saw. sendiri sangat berlemahlembut dan bersabar dengan tingkahlaku isteri-isterinya.

5. Memahami watak isteri

Suami yang memahami dan mengenali isteri dalam semua aspek akan berjaya mengharmonikan rumahtangga.Suami kena tahu apakah kelebihan dan kelemahan isteri,latarbelakang kehidupan keluarganya dsbnya.Ini penting kerana suami boleh mengunakannya semasa memujuk isteri yang merajuk.

6. Menjadi tempat Berlindung dan Mengadu si Isteri.

Suatu kegagalan yang besar bagi suami di dalam melayari bahtera   rumahtangganya ialah hilang keyakinan isteri terhadap keselamatan diri dan kehidupannya untuk terus bersama dengan suaminya.Perasaan ini lahir di kalangan isteri akibat daripada sifat keegoaan suami yang merasa dia berhak melakukan apa sahaja yang dia kira baik tanpa memperhitungkan kesannya terhadap isteri.Akibatnya,isteri akan mengadu masalah peribadinya kepada orang lain.Antara contoh keegoan suami ialah>keluar rumah tanpa memberitahu isteri ke mana arah tuju,ke pasar tanpa bertanya apa barang yang sepatutnya dibeli.

Saidatina Aisyah r.a. pernah berkata:

“Tidak pernah aku melihat orang yang paling banyak berbincang dengan isterinya mekainkan Rasulullah saw..”

7. Memberi Kepuasan Seks

Kepuasan seks turut merupakan perkara yang dicari oleh seseorang wanita di dalam rumahtangganya.Telah banyak terjadi peristiwa di mana sesebuah rumahtangga itu retak kerana si isteri tidak memperolehi kepuasan seks ketika bersama suaminya.

8.  Mendidik Isteri

Kewajipan bagi suami yang terpenting adalah mendidik isteri menjadi hamba yang solehah di sisi Allah swt.Isteri adalah tanggungjawab yang diamanah oleh Allah untuk dibentuk dan diasuh kepada lelaki yang bergelar suami.Islam meletakkan lelaki sebagai pemimpin bagi kaum wanita ,membiarkan kepimpinan rumahtangga kepada isteri adalah suatu kesalahan.

Seorang suami yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat kepimpinan harus menegur dan membetulkan tingkahlaku isterinya sekiranya ia bertentangan dengan syariat Islam bukan membiarkan isteri melakukan sekehendak hati disebabkan terlampau sayang.Kehebatan seorang lelaki ialah apabila dia dapat menguasai isterinya bukan terletak kepada kekayaan atau kekuatan fizikalnya.Suami adalah nakhoda dan dia yang membawa bahtera ke mana saja dikehendakinya.

Wallahu’alam.

Semoga bermanfaat buat semua.

One response to this post.

  1. Reblogged this on Umirawdah's Blog and commented:

    Meletakkan lelaki sebagai pemimpin rumahtangga

Comments are closed.

%d bloggers like this: