PETUA KECANTIKAN RAMBUT


1.  Luruskan Rambut

Basuh rambut dgn air nanas manis.

Peram air nanas itu semalaman.

Kemudian lumurkan kpd kulit kepala dan biarkan selama 15 min.

Basuh dgn syampu yg sesuai sehingga bersih

2.  Lembutkan Rambut

Masukkan 2 sudu besar susu tepung dlm cawan

Bancuh  dgn air suam

Perahkan air limau nipis,kacau,kemudian peram dlm peti sejuk lebih kurang 6 jam

Apabila pekat,dilumurkan pd rambut.

Biarkan sejam dan bilas

Amalkan selalu,rambut akan jadi lembut dn mudah diurus.

3.  Elakkan Rambut Gugur

Kisar biji halba sampai hancur

Sapukan di atas kepala

Biarkan selama 1/2 jam

Baru bilas dgn air bersih

Amalkan seminggu sekali

4.  Hapuskan kutu Rambut

Ambilkan sebiji buah nona,basuh dan ditumbuk hingga halus

Campurkan dgn sedikit air

Sapu ramuan ini di kepala

Tutup dgn tuala suam

Biarkan selama 15 – 20 min seblm dibilas

%d bloggers like this: