BEKALAN KALSIUM


Pengambilan kalsium amat perlu khususnya bagi wanita yang telah menopaus bagi mengelakkan osteoporosis.

Ini adalah kerana hormon estrogen yg melindungi tulang berkurangan.Sebagai langkah pencegahan,wanita digalakkan meningkatkan pengambilan susu dan hasil tenusu sekurang-kurangnya dua cawan sehari.

Makanan kaya kalsium lain juga wajar ditingkatkan spt yogurt,tauhu,keju,air soya,tempe,bayam,kailan,sawi hijau,ikan bilis(tanpa kepala),ikan sardin(dgn tulang),buah oren dan sebagainya.

Bagi yg menghadapi osteoporosis,pastikan juga mengambil makanan yg tinggi zat besi kerana kebiasaannya makanan yg tinggi kalsium(yang diperlukan utk membina tulang),kurang zat besi.Sebab itu pengambilan kalsium mesti diimbangi dgn zat besi.

Makanan yg kaya dgn zat besi adalah hati,daging,ikan,ayam,telur dan kerang.Bagi mereka yg tidak makan makanan bersumberkan haiwan,kismis,kurma dan buah-buahan kering lain boleh dijadikan pengganti.

Setiap individu perlu makan makanan yg rendah lemak,makan lebih byk sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air.

Makanan berminyak,berlemak,tinggi garam dan santan perlu dikurangkan.

Setiap kali kita menggoreng makanan mengggunakan minyak,proses peoksidasi lipid berlaku.Dalam proses ini,radikal-radikal bebas dilepaskan.Radikal bebas adalah punca yg merangsang penyakit barah.

%d bloggers like this: