TIPS AWET MUDA


Saya baru balik dari ‘family gathering’ anjuran salah seorang dari anak saudara.Terperasan salah seorang kakak yg sudah pencen dari jawatan guru,walaupun sudah berumur,tetapi masih tetap cantik  jelita tanpa ada garis/kedutan di wajahnya.Apa yg saya tahu,amalan dia ialah:

1. Pemurah,bukan shj wang ringgit tetapi beliau sentiasa tersenyum dan ketawa.

2. Sentiasa ‘happy go lucky’ dan tenang walaupun ditimpa masalah.

3. Tak pernah minum air ais sebaliknya sentiasa makan buah dulu sebelum makan nasi.

4. Selalu mandi dengan mengunakan air suam.

Petua dari Umi:

1. Amalkan pemakanan sunnah-makan kismis,buah kurma,madu dan susu.

2. Amalkan minum minuman yg ada collagen,bagi yg dah beumur.

3.Kurangkan lemak,makan banyak sayur dan buah-buahan

4. Sentiasa berdoa,amalkan baca surah Al-Waqiah ayat 35 – 39(7x),selawat dulu(7x),Al-fatihah(1x).

5. Selalu bersenam.

6. Buangkan sifat buruk sangka dan dendam dalam diri terhadap org lain.

7. Boleh juga buat ‘scrub” sendiri:

i. Campurkan air perahan oren bersama madu dan sebiji telur putih.Oleskan di muka sebelum mandi.

ii. Campurkan putih telur dgn 2@3 titik minyak ‘essential’

8. Amalkan mandi sauna atau mandi spa jacquzzi

‘SELAMAT MENCUBA’ DAN JGN LUPA NIATKAN AGAR SIHAT DN KUAT UTK BERIBADAH.

%d bloggers like this: