Kuih Tiram/Kuih Lidah Buaya


Bahan-Bahan(A)

-Tepung gandum 500gm

-Air 250gm

-Telur 1 butir

-Sedikit garam

Bahan-Bahan (B)

-Tepung ubi kayu 100gm

-Minyak masak 2 sudu besar

Bahan-Bahan (C)

-Minyak utk menggoreng

-Gula halus

Cara-Caranya:

1. Pukul telur sehingga kembang.Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.Letakkan sedikit garam.

2. Campurkn air dan uli tepung hingga menjadi doh.Cubit doh sebesar bola ping pong dan bulat-bulatkan.

3. Canaikan setiap bebola tadi sehingga berbentuk bujur dan nipis.

4. Bancuh bahan iaitu ubi kayu dan minyak masak.Gaul hingga sebati.Sapukan atas bebola yg sudah dicanai tadi dan digulung.

5. Potong serong dan canaikan sekali lagi sehingga nipis.

6. Panaskan kuali dan goreng sehingga kekuningan.

7. Simpan dlm bekas kedap udara

One response to this post.

  1. Posted by umirawdah on January 17, 2011 at 2:26 pm

    Jangan lupa sira dgn air gula atau tabur gula halus selepas diangkat dr kuali.

Comments are closed.

%d bloggers like this: