HASAD DENGKI SIFAT ORANG MUNAFIQ


Allah memberikan nikmatNya pada semua hambaNya tetapi pembahagian itu tidak sama,ada yang diberi banyak dan ada yang diberi sedikit.Semua itu bertujuan menguji hambaNya dalam kehidupan dunia ini.

Akibat daripada perbezaan ini,sering timbul sifat buruk seseorang terhadap orang lain.Permusuhan awal bermula antara Adam dan Iblis.Iblis melanggar perintah Allah utk sujud kepada Adam.

Kesan Buruk Hasad Dengki:

1.  Sifat orang Yahudi yg dilaknat Allah,siapa yg memilikinya beerti menyerupai mereka.

2.  Orang yg memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya,sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri.

3.  Ada dlm sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yg Allah berikan kepadanya.Bukankah yg memberikan nikmat hanya Allah.

4.  Apabila orang lain mendapat kenikmatan,semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya,sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu.

5.  Menimbulkan sikap egois yg tinggi dan tidak menyukai kebaikan orang lain.

6.  Hasad memakan kebaikan yg dimilkinya sebagaimana api membakar kayu yg kering.

7.  Menyusahkan diri sendiri,sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun.

8.  Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat.

9.  Hasad dapat memecahkan persatuan,kesatuan dan persaudaraan kaum muslimin.

10.  Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram.Orang yg hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih drnya.

 

 

%d bloggers like this: