VENA VARIKOS(URAT SIMPUL)


Pakar Bedah Am dan Vaskular,Dr.Tan Kong Hean berkata,urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena(salur darah yg membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru)menjadi tebal dan membesar.Disebabkan pembesaran tersebut,ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

Salur darah vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik.Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung,melawan kesan graviti.Apabila vena menjadi varikos,pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak bekerja.Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yg songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.

Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri.Terdapat juga di bahagian lain seperti vagina,namun ia jarang berlaku.Seandainya ia berlaku pada seorang wanita hamil,maka dia tidak dibenarkan bersalin secara normal.Beliau perlu menjalani  pembedahan.

Mengikut kajian sebanyak 20% wanita mempunyai vena varikos dan 50% daripadanya disebabkan keturunan dan mengandung.Ia mula berlaku ketika mereka berumur antara 20 dan 30 tahun atau selepas mengandung.

Ketika mengandung,pertambahan hormone progestron menjadikan vena berkeadaan lega(injap terbuka)mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semulajadi menekan vena.Pengambilan pil pencegah hamil(mengandungi testosteron) memburukkan lagi masalah urat simpul.

10% drp jumlah lelaki yg mengalami  masalah urat simpul adalah disebabkan keturunan.Selain itu,mereka yg berdiri terlalu lama,seperti pekerja kilang,jururawat,guru,pelayan restoran maupun surirumah serta mereka yg mengalami obesiti juga terdedah kpd penderitaan urat simpul ini kerana kaki mereka tidak dapat menampung berat badan mereka yg berlebihan.

Mereka yg mengalami masalah urat simpul akan merasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh.Pesakit berkemungkinan akan mengalami kekejangan kaki pada waktu malam.Ada juga pesakit yg mengalami gatal-gatal pd kulit.Bila digaru, maka akan terjadilah ulser,dermatitis dan ekzema.

Pada peringkat permulaan,vena mula berselirat tetapi tidak berapa kelihatan. pkt seterusnya mula jadi vena varikos dikuti komplikasi lain seperti lebam,perubahan kulit,tromboplebitis dan kulit membengkak.Seterusnya masalah kulit yg lain pula akan timbul seperti dermatitis dan ekzema.Lebih teruk lagi kalau berlakunya ulser.

Rawatan:

1.   Masalah urat simpul boleh dihilangkan dengan cara membuang vena seperti mana yang  dilakukan dalam proses pengambilan vena untuk pintasan jantung.Kaedah ini mempunyai kelemahan seperti menyebabkan parut yg hodoh dan mengambil masa yg lama utk pulih.

2.   Rawatan gelombang radioterapi dan skleroterapi.Kelemahannya ,kosnya agak tinggi,kurang berkesan di mana terdapat masalah urat simpul berulang kembali.

3.   Penggunaan stokin kompres khas .Kelemahannya,pesakit harus menggunakan stokin ini sepanjang hayat dan ia hanya sesuai utk jangkamasa pendek.

4.   Rawatan laser endovenus.Perlu buat lubang kecil di paha.Dikatakan paling berkesan.

5.   Rawatan homeopathy dengan mengambil beberapa jenis remedi tertentu.Berkesan dan sukar utk ia berulang kembali.

9 responses to this post.

  1. Vena Varikos boleh membawa komplikasi seperti penyakit saraf,insomnia dan szkizoprenia.
    Cara rawatannya tidak boleh merawat komplikasi penyakit,tetapi kita kena merawat punca-punca kepada penyakit.
    Seseorang yg menghidap vena varikos kemungkinan akan mendapat sakit saraf dan kesukaran tidur.Dia juga akan mendapat kemurungan kerana peredaran darah dalam badan terganggu.
    Homeopaths sepatutnya memberikan remedi bagi mengurangkan/merawat vena varikos dan juga remedi bagi melancarkan perjalanan darah.

  2. Salam,
    saya nak tahu dimana boleh saya dapatkan rawatan homeopathy umtuk vena varikos?

    Terima Kasih

  3. Posted by umirawdah on December 20, 2010 at 10:44 am

    Remedi:

    Arnica,sabina,sepia,rhus thox,pulsatilla

  4. Posted by Alin on April 20, 2012 at 3:12 pm

    Saya mengandung br 5w,,,sy mengalami urat timbul dibahagian belakang kaki kanan,,,,kdng2 kaki sy terasa skt bila sy kerap berjalan,,,,n bertambah buruk bila mkin byk urat timbul,,,pelbagai kaedah sy cb guna,,,,urut,,rendam kaki kt air suam,,tinggi kan kaki ketika tido,,,apa perlu sy buat klu urat timbul semakin bertambah atau semakin teruk?
    Kt mn sy perlu rujuk?

    • Elakkan vena varikos>jgn berdiri terlalu lama,jgn duduk bersilang paha.Kalau dah terjadi,urut slu dgn menggunakan minyak zaitun atau minyak aromaterapi.(External).
      (Internal),anda boleh mengambil remedi tertentu utk mengatasi masalah varikos.Sila berjumpa pengamal perubatan traditional(TCM)

    • Puan perlu berjumpa dengan doktor.Dlm perubatan homeopati,kita ada ubat utk mengatasi masalah ini.
      Puan perlu rehat byk.jgn berdiri atau dudu terlalu lama.Gunakn minyak yg sesuai utk mengurut .

    • sapu/urut gan minyak panas.rehatkan kaki jgn duduk terlalu lama @ berdiri terlalu lama.

Comments are closed.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: