AUTISME


DEFINISI

Keadaan yg menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.

Ia adalah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan,komunikasi,interaksi sosial,pemikiran,perilaku emosi,pola bermain dan tingkah laku yg luarbiasa.

Punca Autisme

1.   Organik:kerosakan pada otak(30% mengalami epilepsi)

2.   Biokimia : gangguan metabolisme

3.   Imunologi HLA atau Human Leucocyle Antigen yg terdapat dalam serum ibubapa

4.   Faktor alam sekeliling : sikap ibubapa yg kurang mesra,personaliti yg obsesif.

5.   Pendedahan kpd bahan toksik atau keracunan arsenik yg menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah:-

a.    Sistem imun yg lemah

b.    Alergi pd sesuatu makanan

c.   Masalah gastrointestinal

d.   Gangguan tidur

e.   Isu neurologi seperti gangguan pertuturan

f.    Mengasingkan diri

g.   Perasaan bimbang

h.   Gangguan masalah koordinasi motor halus dan motor kasar

i.    Mudah tertekan

j.   Murung

Pengesanan Awal

Autisme tidak dapat dikesan sejak dari bayi lahir.Ia hanya boleh dikesan bila bayi berumur 2 tahun ke atas. Pengesanan awal boleh dilakukan dengan memerhati tanda-tanda berikut:

1.    Tidak mahu disusui dengan susu ibu.Beliau akan menolak atau menangis apabila cuba disusui.

2.    Tidak mengenali ibubapa.Mereka akan melayan semua orang sama sahaja.

3.    Tidak ada tindak balas terhadap orang dewasa.

4.    Sukar tidur.Selalu terjaga pada waktu tengah malam dan menggangu orang  di sekeliling.

5.    Tidak menunjukkan minat pada matahari,cahaya,bunyi atau sesuatu pergerakan.

6.    Berminat pada benda-benda pelik seperti suis lampu,pita rakaman ataupun barang eletrik.

7.    Menangis apabila basah dan lapar tetapi bukan untuk menarik perhatian.

8.    Tidak menunjukkan minat pada barang permainan kanak-kanak seperti yg biasa dipamerkan oleh kanak-kanak sebaya dgnnya.

9.    Lebih gemar bersendirian.Tidak mempedulikan orang  di sekeliling dan tidak takut ditinggalkan bersendirian.

10.  Tangan digunakan sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu dibandingkan dgn pertuturan.

11.   Tidak gemar disentuh.Beliau akan mengeraskan badan apabila dipegang.

12.   Tidak dapat mengikut pergerakan yg diajar.Contoh melambaikan tangan.

Kanak-kanak autisme juga memaparkan keganjilan dalam pergaulan sosial(tidak pandai bergaul).

Pengawalan terhad dalam aktiviti,minat dan dalam perkembangan imaginasi(tidak kreatif).

Kelemahan dalam pertuturan(Lambat berjalan dan bertutur),percakapan yg tidak difahami,mengulangi percakapan dan tidak menggunakan isyarat dlm percakapan.

One response to this post.

  1. Ada seorang ibu muda datang berjumpa umi.Ibu ini mempunyai anak berumur 4 tahun tetapi masih tak boleh bercakap maupun berinteraksi dgn orang ramai.Dia sudah pun pergi berjumpa dgn salah seorang ustaz bg tujuan ‘membelah mulut’ yg tidak dilakukannya ketika anaknya baru dilahirkan.Tetapi keadaan tetap sama.Dia cuba menghantar anaknya ke Tadika tetapi ditolak oleh guru tadika kerana anaknya tidak seperti kanak-kanak lain.(Tidak bercakap dan tidak berinteraksi).Dia meminta pendapat umi.Umi kata InsyaAllah kita akan cuba guna remedihomeo.
    Umi berikan remedi homeopathy :- ubat minda(I.Q.Tonik) plus remedi menggalakkan percakapan.
    Dua bulan kemudian,dia datang lagi dan beritahu anaknya dah mula bercakap tetapi hanya perkataan hujung shj.Contohnya pintu bunyinya ‘tu’ shj.Ibunya meminta agar umi buatkan remedi yg boleh membantu percakapannya agar jadi normal seperti orang lain. Seperti biasa InsyaAllah.Umi buatkan remedi utk ‘omit the letters’.
    Bila jumpa ibunya, dia kata anaknya bertambah o.k.

Comments are closed.

%d bloggers like this: