Osteoartritis – Penyakit Sendi Dan Tulang


Tanda-tanda awal penyakit osteoartritis ialah sakit di bahagian lutut.

Ia adalah artritis yang paling lazim terutamanya di kalangan orang tua akibat kehausan rawan. Ini ada kaitan dengan penuaan dan kecederaan.

Osteoartritis juga dikenali sebagai artritis degeneratif.Penggeselan permukaan rawan adalah faktor utama penyebab osteoartritis.

Rawan mengandungi air dan matriks dan berperanan sebagai kusyen pelindung antara sendi.Kemerosotannya menyebabkan tulang bergeseran menyebabkan kesakitan,pembengkakan dan membataskan pergerakan sendi.Selain itu taji tulang juga boleh tumbuh di tepi sendi.Serpihan kecil tulang atau rawan yang berada di ruang sendi akan menambah kesakitan dan kerosakan sendi.

One response to this post.

  1. Dicadangkan kepada golongan yang sudah berusia 45 tahun ke atas supaya mengambil ‘supplement’ tertentu bagi mengelakkan berlakunya penyakit osteoartritis ini.Makanan tambahan yang boleh diambil adalah seperti minyak ikan kod,evening primrose oil dan sebagainya.

    Dalam perubatan homeopathy,anda boleh mengambil iodine,atau remedi yang lain yang dibuktikan dapat merawat rawan dan tulang yang rosak seperti Ruta, Rhus Thox dan Sympytom.

Comments are closed.

%d bloggers like this: