MENGAPA HOMEOPATHY?


Homeopathy merupakan sistem perubatan lengkap yang berasaskan kepada prinsip-prinsip peraturan semulajadi.Ia menggunakan prinsip “keserasian”untuk menghilangkan punca-punca penyakit yang menghalang kebolehan penyembuhan semulajadi badan manusia. Ia telah digunakan sejak 200 tahun terdahulu dengan selamat dan berkesan. Pengasasnya merupakan seorang doktor perubatan dari Jerman,iaitu Dr Samuel Hahnemann. Sebelum ini beliau adalah seorang doktor yang mahir di bidang perubatan,termasuk bidang Pharmacy dan Biochemist,sejak 10 tahun di Hospital dan University Lipsik German.

Semasa dalam tugas, beliau tidak dapat bukti benar-benar amalan(sistem allopathy)sebagai rawatan berkesan tanpa keganasan,selamat dan kesembuhan.Ubat-ubatnya 100% mengandungi racun dan bahan kimia.Rawatan hanya untuk kesembuhan sementara dan penyakitnya mereda sementara dan akan berulang kembali. Sebab inilah,beliau meninggalkan perubatan allopati.Seterusnya,beliau telah membuat satu kajian tentang perubatan yang lebih selamat,berkesan dan menjanjikan penyembuhan yg sempurna dan tidak menyakitkan.

Ubat-ubatan Homeopati(lebih dikenali sebagai Remedi homeopathy) adalah diperbuat terutamanya daripada tumbuh-tumbuhan dan mineral-mineral. Bahan-bahan asas ini telah dicairkan dan digoncangkan mengikut cara-cara yang diterangkan dalam farmasi Homeopati untuk memperkuatkan tenaga ubat,meningkatkan keberkesanan dan menghilangkan kesan-kesan sampingan yang mungkin terdapat pada bahan-bahan asalnya.
Remedi Homeopati tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan,malah ia bertindak secara sederhana dan dos yg diperlukan adalah kecil.

Remedi Homeopati merangsangkan keupayaan penyembuhan semulajadi dalam badan dan menguatkan sistem imun untuk mencapai kesihatan yg menyeluruh termasuk badan,fizikal,mental dan kerohanian.pertolongan cemas dan keadaan takut dan kronik dapat diatasi dengan segera melalui perubatan Homeopati dalam setiap keluarga.

Remedi Homeopati tidak mempunyai unsur racun ataupun bahan kimia merbahaya.Ia selamat digunakan untuk semua peringkat umur termasuk bayi,kanak-kanak,wanita mengandung dan orang tua. Ia juga membuktikan keberkesanannya dalam penyakit yg susah diubati oleh perubatan biasa termasuk masalah pernafasan,masalah psikiatri,masalah kulit,masalah urinari dan sebagainya.

Perubatan Homeopati telah banyak membantu dalam kes-kes yg melibatkan masalah-masalah mental dan emosi,misalnya depresi,kegelisahan,takut gelap.kurang keyakinan dan sebagainya.

Homeopati tidak mempunyai apa-apa tindakbalas seperti ubat-ubatan biasa ataupun herbal.Maka,seseorang yg bermasalah asthma ataupun depresi tidak boleh meneruskan rawatan perubatan biasa dengan perubatan homeopati sekali utk menghilangkan punca-punca penyakit. Remedi Homeopati tidak ‘menekan’ atau’ memendam’ simptom-simptom.

Tetapi Remedi Homeopati bertindak untuk mencapai kesihatan dengan lengkap,segera dan berkekalan melalui pengyingkiran punca-punca penyakit,menguatkan sistem imun dan mempertingkatkan keupayaan tubuh badan utk menyembuhkan penyakit.

%d bloggers like this: