STRESS


Adalah kurang  bijak mengawal ‘stress’ yang menyebabkan pelbagai penyakit timbul. Apa itu stress? Stress adalah tenaga dalam badan yang membantu kita mempertahankan diri apabila menghadapi sesuatu ugutan.

     Tindakbalas terhadap tekanan seperti satu sistem amaran kecemasan yang menyediakan badan kita untuk mempertahankan diri.

     Sedikit ‘stress’ adalah baik.Ia mendorong kita berfikir dan bekerja lebih kuat.Ia memberangsangkan dan memberi kita keseronokkan.

     Bagaimanapun stress  berlebihan untuk masa yang berpanjangan apabila tidak diuruskan dengan baik akan memudaratkan kesihatan.

     Menurut pensyarah Ekologi Manusia,Dr.Mohammad Shatar Sabran,secara umumnya stress datang kemudian selepas penyakit.Ia berlaku kerana seseorang itu tidak dapat mengawal emosi apabila diserang penyakit.Umpamanya,seorang pesakit kanser payudara yang boleh mengawal emosi dapat melawan penyakit tersebut dengan baik.

     Begitu juga individu yang diserang sakit kepala kerana banyak angin di dalam badan,jika mereka boleh melawan dengan mengawal emosi,ia tidak akan memudaratkan hingga menyebabkan stress.

     Justeru itu,setiap manusia perlu ‘fleksibel’ dan berfikiran positif.Sekiranya kita sentiasa stress,produktiviti kita akan menurun.Kita akan berasa pening,letih dan penat sentiasa.

     Seandainya kita tidak bersikap optimis,ia akan menyebabkan kita hilang semangat,banyak berfikir dan tak lalu  makan.

     Sekiranya kita membiarkan stress menguasai diri tanpa diubati,maka ia akan menyebabkan berlakunya kemurungan.Ibubapa ataupun para guru perlu mengenal pasti anak-anak atau pelajar-pelajar yamg mempunyai masalah ini.

     Kemuncak kepada kemurungan atau melankolik akan mendorong kepada perbuatan membunuh diri seperti mengantung diri atau meminum racun .

     Selain dari menjaga kesihatan,kita juga boleh berkongsi masalah dengan orang lain bagi mengurangkan stress.

%d bloggers like this: