PETUA KECANTIKAN RAMBUT


1.  Luruskan Rambut

Basuh rambut dgn air nanas manis.

Peram air nanas itu semalaman.

Kemudian lumurkan kpd kulit kepala dan biarkan selama 15 min.

Basuh dgn syampu yg sesuai sehingga bersih

2.  Lembutkan Rambut

Masukkan 2 sudu besar susu tepung dlm cawan

Bancuh  dgn air suam

Perahkan air limau nipis,kacau,kemudian peram dlm peti sejuk lebih kurang 6 jam

Apabila pekat,dilumurkan pd rambut.

Biarkan sejam dan bilas

Amalkan selalu,rambut akan jadi lembut dn mudah diurus.

3.  Elakkan Rambut Gugur

Kisar biji halba sampai hancur

Sapukan di atas kepala

Biarkan selama 1/2 jam

Baru bilas dgn air bersih

Amalkan seminggu sekali

4.  Hapuskan kutu Rambut

Ambilkan sebiji buah nona,basuh dan ditumbuk hingga halus

Campurkan dgn sedikit air

Sapu ramuan ini di kepala

Tutup dgn tuala suam

Biarkan selama 15 – 20 min seblm dibilas

TART NENAS


BAHAN-BAHANNYA🙂
230 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Golden Churn)
400 gram tepung gandum*
40 gram tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar duit 5 sen
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA🙂

  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Mati kan mixer, ratakan adunan, dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  2. Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas2. Alih ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 – 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan tat dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang pembakar.
  4. Alih atas jaringan dan biar sejuk, simpan dalam bekas kedap udara…


islamic_arabic_shahada_calligraphy-other

7 SUNNAH  RASULULLAH SAW. :

1.  Tahajjud

Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2.  Membaca al-Quran

Membaca Al-quran sebelum terbit matahari . Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3.  Jangan Tinggalkan Masjid

Terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemanapun,langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan,bukan kerana panggilan Muazzin tetapi panggilan Allah mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4.  Jaga Solat Dhuha

Kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

5.  Jaga Sedeqah Setiap Hari

Allah menyukai orang .yang suka bersedeqah dan Malaikat selalu mendoakan kepada orang yg. bersedeqah setiap hari.

6.  Jaga Wudhuk Terus Menerus.

Allah menyayangi hambaNya yg sentiasa berwudhuk.

Saidina Ali bin abi Thalib berkata,:”Orang yg. selalu berwudhuk sentiasa akan merasa selalu bersolat dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa…”ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7. Amalkan Istighfar Setiap Saat

Dengan istighfar,masalah yg. terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

KEK COKLAT MOIST


BAHAN A

300 gm tepung gandum

100gm serbok koko

1 sudu teh serbuk penaik

1 susu teh soda bikarbonat

BAHAN B

3 biji telor ayam

400 gm gula kastor

1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C

250 ml air panas

BAHAN D

250 ml susu cair

250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yg lebih lembab dan lembut,bolehlahmasukkan 2 sudu besar susu pekat manis.

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Satukan Bahan B.Pukul hingga putih.Kemudian masukkan Bahan D pula hingga sebati.

2. Masukkan Bahan A,tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.Putar sehingga ia sebati.

3. Tambahkan Bahan C dan gaul adunan sampai rata.

4. Setelah itu,tuangkan adunan dlm loyang bulat atau empat segi yg.telah disapu minyak dan dilapik dasar loyang dgn kertas minyak.

5. Bakar adunan di dlm ketuhar yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C.

6. Masaklah sehingga 1 hingga ke 1 1/2 jam.Buat topping apb kek telah sejuk.

TUJUH GOLONGAN DINAUNGI ARASY


ALLAH1Junjungan besar Nabi Muhammad saw. pernah bersabda dalam sebuah hadis,yang mana baginda ada menyebut terdapat 7 golongan manusia yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat iaitu:

-pemimpin yang adil

-pemuda yang kuat beribadah kepada Allah

-hati yang terpaut pada masjid

-sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

-lelaki yang takut lalu bertaqwa kepada Allah

-lelaki yang bersedeqah dengan ikhlas

lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan sunyi sehingga menitiskan airmata


Imej

Mengapa kita harus berjumpa?

Bercinta dan putus pula

Kalau dah nasib….apa nak di kata

Pulanglah kanda

wahai pujaan

tinggal dinda

kesaorangan

Selamat jalan…..

(Lagu enam jahannam)

Mengelakkan rambut gugur


  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan daun lidah buaya.
  2. Basuh hingga bersih
  3. Kisar hingga hancur
  4. Perap ramuan di atas keppala selama sejam.
  5. Lakukan 2 kali seminggu,in syaa Allah,rambut anda akan lebat,hitam dan berkilat

Sabda Rasululla…


Sabda Rasulullah s.a.w., yang bermaksud ,”Sesiapa yang memelihara solat,maka solat itu petunjuk dan jalan selamat.Dan barangsiapa yang tidak memelihara solat,maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Hadis Rasulullah saw.,mengatakan terdapat 10 kumpulan manusia yang sembahyangnya tidak diterima oleh Allah swt.,:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang meminum arak tetapi tidak bertaubat

4.Orang lelaki yang menjadi imam padahal makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri daripada rumah tanpa izin ibubapanya.

6. Orang perempuan yang apabila ditegur suaminya,lalu ia memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang zalim serta menganiaya orang.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10.Orang yang solatnya tidak dapat menahan dari perbuatan keji dan mungkar.